June 26, 2013

0
orang suka domo kun

Tahniah Juara Masterchef musim ke-2


Syura, diam-diam ubi berisi. Inilah kehebatan Syura di mana beliau telah menjuarai Masterchef musim ke-2, dan berita ini bakal penggerak semula perjalanan karier Syura yang kian tenggelam sebelum ini. Kemenangan yang telah diperolehi oleh Syura di dalam program realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua (MSM2) telah berjaya menutup mulut sesetengah pengkritik dan beliau juga telah mengalahkan pencabar terhebatnya iaitu Celina Khor.

Syura bukan sahaja mengalas gelaran Juara malahan beliau juga telah berjaya menyumbangkan wang tunai berjumlah RM60,500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

Berlansung sebanyak 40 episod, Syura telah mengalahkan 19 orang pesaingnya termasuk Rozita Che Wan, Syanie, Enot dan Kenchana Devi.

Menerusi kenyataannya kepada mStar Syur mendedahkan bahawa dia tidak sangka beliau akan memenangi program ini.

“Alhamdulillah, saya tidak menjangka kemenangan ini dan pergi sejauh ini. Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalm pertandingan ini.”

P/S: dah agak dah Syura menang  although tak layan sgt masterchef ni hihik


No comments: