April 12, 2013

7
orang suka domo kun

Review novel: The Wedding Breaker

alhamdulillah, dpt dah novel ni hari khamis lepas lepas :p. hihi beli online jek takde masa nak g mph T.T skrg nak review sikit atas permintaan kak fd kt instagram. hehe cadang mmg nk review pun sebenarnya XD  *sori lmbat hihik*

sinopsis:-

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
novel ni ok lah.. tak banyak sangat konflik..boleh buat kita senyum sorang2.. kehkeh..byk ah jugak speaking2 kt dlm novel ni..XD ending diaa opkoss sweet.. nak tau lagi sila la baca ya hihik

7 comments:

Ainin Suffiah said...

Yaa. Novel ni mmg best! Dh prnah baca. Skali dngan asam pedas untuk dia. Dua2 best. hehe ^^

Nadhirah said...

nak beli dari dulu tapi masih tidak berpeluang..jelesnya ! :)

Shakira Pathi said...

Dah baca :D
Tapi cerita ni tak logik pun ade juga sebab tahap kekayaan dyorang dua ni melampau sangat hahaha :D

Cliche sungguh kan :)

BlackStar said...

BS dah baca novel ni ! Besh ! Tak rugi beli novel ni. Hehe :B

Dianaa said...

tu lah, memang banyak omputeh dalam novel tu. yg kak FD suka sebab ada byk hadis :)

shazika said...

nak kena carik jugak ni novel tajuk ni..thanks kasi review :)

Sally Yatiey said...

Ramai yang kata novel ni best ;) belum baca lagi..