August 12, 2012

0
orang suka domo kun

Ramadhan akan berlalu pergi . .


cilok kt pakcik google :p

hai hai :') lebih kurang 6 hari lagi jer kan Ramadhan akn berlalu pergi . . Syawal pula datang menjelma . Hehe . Terasa cepat pula masa berlalu . Pejam celik , pejam celik , dah nak raya ! Rasa sedih pun ade , sbb ramadhan nak berakhir . Huhu :') Ill miss you Ramadhan . Hekk . padahal tak sabar nak raya dah . Hehe :D Nnty nak pasang lagu raya kt blog :p tungguu kemunculan nyaa yaa ! eh eh over pula -.- 

Sooo , macam mana persiapan korang menjelang hari raya ini ? dah beli baju raya ? saya warna purple :p huahua . korang buat biskut raya ke ? sedapp tak ? hehe >.< semalam (sabtu) saya and family g hang kat KL . Masyaallah , punya lah sesak ramai orang . Diorang baru nak shopping baju raya kot . Haha :3 Saya pergi Sogo . Tapi tak shopping kt sana pun -.- saya shopping kat Jalan Masjid India . Hehe . sesakk woo ~ Tak tahan . Hahaha dah la puasa -.- traffic jam tu mmg ye :p haaaa berejam ah nak tunggu .  Sooo , hari ni stay kt rumah jer ~ 


tak sabarnya ya Allah nak raya :') semoga raya tahun ini lebih bermakna k . Insyaallah . Hadoi teringatkan rendang ayam kt kampung pulak -.- tak mo ! puasa , puasa :3 Heheh sorry gaisss . tengok je gmbar ketupat tu eh ? nnty kenyang lah . Huahua . 

Okey kt sini nak share ah sikit pantun sms je  kt kwn korang time hari raya nnty . Hehe :3 

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia 

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah 

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin! :)


byeee :*




No comments: